Wednesday, April 10, 2013

Doa seorang hamba yang lemah :'(

Assalamualaikum. Dah jam 12 pagi dah. Hati ini rasa tak tenang pula. Tetiba je datang. Ya Allah.
Berdoalah dan mohon pada Yang Maha Kuasa. Bersujudlah padaNya sekiranya kau bersedih. Duhai hati, janganlah kau sombong. Ikhlaskan hatimu untuk menerima KetentuanNya. Alhamdulillah, Dia sedang menjadikan kau yang terbaik. Berterima kasihlah padaNya :') 


Hati akan tenang sekiranya kau berzikir :') Cubalah wahai kenalan sekalian.


Saat kita berhadapan dengan Allah ketika solat wajid. Ingat ! Tunduklah kau dan ingatlah bahawa kau adalah seorang hambaNya yang kerdil. Jangan sombong, riak dan takbur. Allah nak tarik sekejap je. 



Wahai Tuhanku,
hantarkan aku ke puncak yang subur,
sepanjang detik berlari mengingatiMu selengkapnya,
hanya embun begitu intim dengan pagi,
tak perlu dipersoal lagi,
adakah ombak mengunjungi pantai,
terhenti mewarnai satu peristiwa ?

Ingin sekali aku sampai di seberang,
hati tak pernah luntur bersyukur secara benar,
dan tidak menegakkan kesombongan,
kecuali merendah diri amalan sejati.

Berikan kesihatan bagi jasmani dan rohani,
agar menjelma baik dan sempurna,
dalam melakar ibadat hanya padaMu.

Akhiri nafasku yang bertiup dalam sangkar iman teguh :')


Allahurabbi, kau akan mendapat ganjaran yang tinggi sekiranya kau bersabar. Bersabarlah kerana Ilahi. In shaa Allah. Semoga kita semua mendapat keredhaan Ilahi. Amin.

Nak bersalam, Selamat Malam !

Assalamualaikum <3

No comments:

Post a Comment