Assalamualaikum. Salam Ramadhan.
Okey. Luahan hati diriku sendiri masa solat berjemaah dekat masjid UniSZA. Nak nak bulan puasa ni, ramai yang datang menunaikan solat sunat terawih dan buat qiamulail. Alhamdulillah, makin ramai yang datang untuk berjemaah tak kira muda dan tua. Tentang tajuk kat atas tu, mungkin rasa ramai yang dah tahu tapi tak pernah ambil tahu. Faham tak ? Mohon kita perbaikilah ye.
Tentang hukum sujud yang melebihi imam. Jangan main-main dengan sujud yang terlalu lama dalam solat berjemaah. Okey "BERJEMAAH". Tak kira la solat fardhu berjemaah ke, solat sunat hajat berjemaah ke, yang pasti "BERJEMAAH".

Memang dibolehkan sekiranya anda solat bersendirian. Okey "BERSENDIRIAN SAHAJA".
Dalam solat berjemaah, sujud yang terlalu lama boleh membatalkan solat. Batal kerana ia merupakan
perbezaan yang cukup tidak baik dan keterlaluan jika dikatakan
bahawa ada kemungkinan sikap menunjuk-nunjuk yang boleh mendatangkan rasa tidak
selesa kepada jemaah lain.
Merujuk pada hukum asal iaitu dibolehkan bagi seseorang
itu sujud lama-lama dalam solat, bahkan tidak menjadi kesalahan bagi mereka yang mampu untuk
melakukan sujud selama 2-3 jam sekalipun, tetapi hukum ini
hanya boleh digunapakai bagi solat berseorangan sahaja.
Orang yang melakukan perkara sedemikian dalam solat berjemaah adalah orang yang tidak belajar tentang
hukum. Mohon agar tiada lagi yang mengamalkan sujud yang begitu lama dalam
solat berjemaah melainkan jika imam itu terkenal dengan mengamalkan
sujud yang lebih lama dalam solat.
Kita semua tahu kan bahawa sekiranya kita sengaja mendahului perlakuan imam 3 kali berturut-turut maka akan terbatal solat kita, bagi makmun masbuk pula.
Dan perlu diketahui bahawa apabila imam sedang rukuk sewaktu kita hendak bersolat bersama/mengikuti imam. Seterusnya kita angkat takbir, tetiba imam bangun iktidal, maka batal solat kita jika kita rukuk dikala imam telah pun iktidal.

Begitu juga ketika
imam sedang sujud, tetiba imam bangun ketika kita sedang takbiratul
ihram. jika imam dah bangun tetapi kita masih hendak sujud, maka solat
kita itu adalah TIDAK SAH.
**Agak pening membacanya di sini ye ^_^ Cuba baca sambil bayangkan secara perlahan-lahan. In shaa Allah, anda faham apa yang saya maksudkan pada perenggan tersebut.

comel kan : )
Semoga ini bermanfaat buat kalian. Mari perbetulkan ! : )
#MuhasabahBersama
#MuhasabahBersama
**Mohon kepada sesiapa sahaja, mungkin sewaktu di surau atau masjid, ustaz/ustazah memberi tazkirah tentang hukum sujud atau apa sahaja tazkirah. Ramai dalam kalangan kita yang tak endah dan ada segelintir daripada kita duk membaca al-Quran dan buku-buku kitab. Ingat ! Setiap apa yang diucapkan oleh mereka adalah ilmu yang berguna didunia dan akhirat. Harap kita tidak ketinggalan ye.
Salam maaf daripada hamba-Nya yang kerdil ini.
Sebarkan ilmu.
Sebarkan ilmu.
Wasalam.

No comments:
Post a Comment