Saturday, January 16, 2016

2016/ 3: The best lover you could ever have, is a writer

Assalamualaikum.

Terasa nak share something berkaitan seorang penulis :) hihihi.
Bercintalah dengan seorang penulis kerana dia sangat setia dengan pen, buku nota dan laptop-nya. Hahaha mana mungkin dia punya masa dengan lelaki lain. Okay byep!



Seorang penulis ni boleh dikatakan pendidik, pembimbing dan ibu tau. Sebab penulis berkuasa dengan tulisannya untuk mendidik pembaca di luar sana. Jadi, seorang penulis haruslah menulis yang baik-baik. Nak dapat pahala pun senang tau.

So, Fasyuk nak kongsi sedikit nota daripada Eia Reyes:

"The best lover you could ever have, is a writer. She could wrap her love for you through her beautiful words. No certain amount of words could modify her feelings for you. No right number of pages could explain her wrestling thoughts about you. And, no margins and borderlines could limit her random gorgeous emotions for you. Believe me, a writer is the best lover. She could bring you into her wildest colorful imagination. She could view you as a fallen angel, a perfect mess, a lonely star twinkling in an exploded galaxy, a flawed man, everything! She could also be your best friend, a pen partner, a love-letter sender, a romantic storyteller, an unsung poet, a midnight narrator. The best lovers are writers. She could be your perfect lens to see an artistic world, and a magnifier to imagine a mysteriously chaotic universe. Love a writer. Trust me. She could make you smile through her lines. She could make you feel pretty through her rhymes. She could make you laugh through her words. She could make you sob through her verse. And, she could make you marry her through her ballpoint's curse."

Fasyuk nak bagi pesanan sikit:
Kerja sebagai seorang penulis sangat mulia tau. Nak tulis sesuatu kena guna akal pemikiran dan kena buat research juga, bukan main tulis jee. Budak penulisan ni diam tengok tempat jugak, bukan riuh dengan percakapan kosong dan sia-sia. Ada tempat yang sepatutnya mereka mengeluarkan bisa dan kata-kata power :p hehehe bak kata orang "diam-diam ubi berisi."


Sebenarnya, emosi penting bagi seorang penulis even hanya tulis puisi dua rangkap je pun. Hahaha, seriously! **kau pergi laa tanya senior-senior yang power puisi dan kata-kata tu.**-- khas buat pelajar fakulti filem, teater dan animasi. 

So, tulislah yang baik-baik untuk dijadikan manfaat pada masyarakat. Tulislah apa sahaja yang baik dan di mana sahaja kau berada, tak kiralah kau tulis novel, skrip filem atau drama, puisi, cerpen, blog atau apa-apa je lah. Semoga berjaya dunia dan akhirat!

"Saya Fasyuk, saya pelajar ijazah penulisan dan saya sayang fakulti saya!"

The best lover you could ever have, is a writer. *hehehe*



Wasalam.


Friday, January 15, 2016

2016/ 2: Tidak Ada yang Kebetulan

Bismilahirrahmanirrahim. 
Kali ini Fasyuk nak kongsi sedikit ilmu dari Ustazah Fatimah Syarha. Mungkin kita pernah merasai dan hadapi :)
Kehidupan memang indah dan kadang-kadang dicalitkan dengan kesedihan. Semoga terus melalui perjalanan kehidupan dengan tenang. 
Pernahkah saat kau duduk santai dan menikmati harimu, tiba-tiba terfikirkan olehmu ingin berbuat sesuatu kebaikan untuk seseorang?
Itu adalah اللّه yang sedang berbicara denganmu dan mengetuk pintu hatimu
(QS 4: 114, 2: 195, 28: 77).
Pernahkah saat kau sedang sedih, kecewa tetapi tidak ada orang di sekitarmu yang dapat kau jadikan tempat luahan hati?
Itulah adalah اللّه yang sedang rindu padamu dan ingin agar kau berbicara pada-NYA
(QS 12: 86).
Pernahkah tanpa sengaja kau memikirkan seseorang yang sudah lama tidak bertemu, tiba-tiba orang tersebut muncul, atau kau bertemu dengannya, atau kau menerima telefon darinya?
Itu adalah Kuasa اللّه yang sedang menghiburmu
Tidak ada yang namanya kebetulan
(QS 3: 190-191).
Pernahkah kau mendapatkan sesuatu yang tidak terduga, yang selama ini kau inginkan tapi rasanya sulit untuk diperolehi?
Itu adalah اللّه yang mengetahui dan mendengar suara batinmu serta hasil dari benih kebaikan yang kau taburkan sebelumnya
(QS 65: 2-3).
Pernahkah kau berada dalam situasi yang buntu, semua terasa begitu sulit, begitu tidak menyenangkan, hambar, kosong bahkan menakutkan?
Itu adalah saat اللّه mengizinkan kau untuk diuji, Dan اللّه ingin mendengar rintihan serta do'amu agar kau menyadari akan keberadaan-NYA....
Kerana Ia tahu kau sudah mulai melupakan-NYA dalam kesenangan
(QS 47: 31, 32: 21).
Jika kau peka, akan sering kau sedari bahwa KASIH dan KUASA اللّه selalu ada di saat manusia merasa dirinya tak mampu.
Apakah kau fikir tulisan ini hanya sekadar gurauan tanpa tujuan yg terkirim padamu?
Tidak!
Sekali lagi, TIDAK ADA YANG KEBETULAN...
Cuba rasakan kehadiran-NYA..., dengarkan suara-NYA yang berkata:
"Jangan khawatir, AKU di sini bersamamu"
(QS 2: 14, 2: 186)
Semoga bermanfaat untuk Fasyuk dan kalian.
Setiap perkara yang kita nak buat, sentiasalah ingat Allah. 

*Saling Menasihati.*

Wasalam.

Thursday, January 14, 2016

2016/ 1: Oh Kahwin

Bismillahirahmannirahim.

Assalamulaikum 2016.

Topik pertama [Oh Kahwin]

Fasyuk tak ready lagi sebenarnya nak pegang tanggungjawab seorang isteri, tapi bila ayah mak dah yakin pada Fasyuk dan selalu bagi hint. Hmm, *bagi saya dan dia masa dan ruang seketika.*

Yes! Semua memang indah belaka. Tapi, satu perkara harus ingat, iaitu TANGGUNGJAWAB dan AMANAH. Dan In shaa Allah, nanti saya pun akan pegang tanggungjawab itu :)
Lagipun, sekarang Fasyuk ambil masa dan keputusan masing-masing untuk tidak berhubung. Itu lebih baik. Agak lama jugak dan kena cekalkan hati laa masing-masing. Semoga dia dan Fasyuk terus berusaha dan berjaya dengan izin Allah. Nanti sampai masa yang sesuai, In shaa Allah, Fasyuk dan dia akan jumpa waktu akad nikah :) Buat masa ini cukup masing-masing sampaikan rindu dalam doa. Aamiin.

Ni Fasyuk nak share sikit. Mungkin berguna untuk Fasyuk dan bagi yang bakal-bakal membina keluarga ataupun belum tiba masanya lagi :) Tapi, inikan ilmu jugak. Hehehe

Terima kasih kepada sesiapa yang tag pada Fasyuk di fb :)
Sumber: OhMuslim.com

Pesanan buat yang belum kahwin.. kita hanya akan benar-benar mengenali seseorang SETELAH KAHWIN dengannya, tidur sebantal, makan sepinggan, duduk sebumbung. Baru tahu masa itu dia tidur berdengkur, baru tahu rupanya jenis lepas berak tak reti flush, baru tahu cepat stress kalau ada masalah.. baru tahu pemarah apabila ditegur.. baru tahu.. baru tahu..


Bercinta hatta 10 tahun, gayut tiap2 malam, dating tiap2 hari BELUM CUKUP untuk mengenali seseorang.

Kahwin bukan hanya tentang dating halal, snap gambar romantik dapat konvo sama2, boleh pegang2 tangan, boleh makan bersuap, semua yang sweet2 manis2 (sampai diabetes katanyaaa), everything goes smooth all the time & live happily ever after.

Kalau kamu lihat yang INDAH-INDAH drp kawan yang baru kahwin.. itu semuanya hanya apa yang dia mahu perlihatkan kpd dunia.. realitinya susah payah perit air mata yang disembunyikan.. siapa yang tahu?
Kita hidup di alam realiti, bukan fantasi. Jangan hanya berangan yang indah2 tanpa memikirkan AMANAH dan TANGGUNGJAWAB yang bakal dipersoalkan.

Alasan sudah kenal lama sangat atau untuk 'elak maksiat' saja TIDAK CUKUP untuk kahwin segera. Sebab jika masa bujang gunakan alasan kahwin untuk pelihara maruah bagaimana kamu yakin kamu dapat menjaga maruah selepas nikah?
Kalau sebelum kahwin tidak mampu bersabar atau bertahan dengan ujian yang kecil/sedikit, bagaimana kamu jangkakan untuk bersabar dan bertahan dengan ujian yang besar/banyak selepas berkahwin?

Bersediakah kamu.. pulang kerja penat, lapar, mengantuk tetapi BERSABAR apabila isteri tak masak sebab alahan mengandung/anak meragam.. bolehkah kamu TETAP TERSENYUM, menyinsing lengan memasak di dapur kemudian menyuapkan makanan ke mulut isteri kamu yang juga lapar, urus kencing berak & mandikan anak-anak untuk beri isteri ruang untuk dirinya? Basuh, lipat baju yang menimbun? Atau kamu akan sengaja pulang lewat sebab mahu lari dari menjaga anak-anak & makan sahaja di luar?

Yang perempuan sudah bersediakah untuk mentaati seorang lelaki yang baru hadir dalam hidup, bersediakah menanggung jerit perih alahan mengandung, sakit bersalin, berpantang, realiti anak mahu mengempeng berjam-jam sampai badan menggigil lapar & lesu yang amat? You are giving your life for your children. JANGAN MIMPI hendak makan, mandi, tidur dengan aman selagi anak masih kecil..

Apabila kamu membentak marahkan orang tua.. kenapa susahkan orang nak kahwin.. padahal kamu tidak sedar. Ibubapa sedang mendidik kamu bahawa kehidupan selepas kahwin itu BUKAN MUDAH sebab itu mereka mahu kamu berdikari sekurang-kurangnya cuba hadapi susah sendiri tanpa harapkan orang lain sebab kahwin memang senang tetapi menjadi ketua keluarga & ibu rumahtangga itu tidak mudah!

Tak sedikit yang rumahtangganya runtuh disebabkan masalah KEWANGAN, TIDAK FAHAM & TIDAK MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB, TIADA KEPERCAYAAN, PERSEFAHAMAN dan lain2, walaupun asalnya perkahwinan itu diawali atas dasar cinta yang mendalam.

Malangnya kita hanya menyedari setelah kahwin.. Untuk menjayakan hidup berumahtangga.. Cinta saja tak cukup rupanya.. barulah kita sedar quote 'rezeki setelah nikah' itu perlu diusahakan & disertakan dengan ujian bukannya terus bergolek masuk dalam mulut.

Cuma ketika itu baru kita sedar.. betul apa mak ayah kata... "cinta saja tidak cukup...."




Fasyuk nak pesan satu perkara: Sebelum kita ambil hati pasangan dan ibu ayah pasangan. Lebih baik kita belajar tarik hati ibu ayah kita dan adik-beradik kita dahulu. Itu yang penting sebab nanti automatik ibu ayah pasangan akan tertarik dengan layanan kita pada mereka. **pengalaman harus kongsi tauu**



Dan, jaga solat tau! :) Nanti pegang tanggungjawab, amanah dan saling memahami bila dah bergelar suami atau isteri! Semua itu akan ditanya kelak. Hati-hati.



Doa yang baik-baik untuk diri, keluarga dan semua! Wasalam.

Wednesday, July 29, 2015

Pesanan ringkas Hakak Fasyuk



TUTUP SEMENTARA!
SEKIAN.

"NAH, BUNGA UNTUK HAKAK!"

SELAMAT BERPRAKTIKAL DAN MENYEMPURNAKAN KEHIDUPAN.

IN SHAA ALLAH

Thursday, July 09, 2015

Pesanan untuk adik-adik bergelar 'pelajar'

Assalamualaikum. Hakak ni bertuah sungguh perangai. Bila nak masuk semester 4, pandai update blog. Ni dah tamat semester 4, baru update blog. Hmm sebenarnya **Hakak busy sangat. Fokus sangat,** 
Alhamdulillah. Hakak still ada setahun lagi untuk habiskan degree. 

Hmm... Hakak Fasyuk tak nak buang masa nak bebel tentang diri. Hakak tahu kome-kome semua dah besor panjang dah, punya otak dan bijak pandai dah kan. So, adik-adik yang sedang habiskan diploma, degree, master or phd dan tak lupa pada adik-adik sekolah rendah mahupun menengah. Jadi seorang pelajar memerlukan kekuatan mental, fizikal dan rohani tau. Yes! Semua orang memang belajar tinggi-tinggi nak hidup senang, nak kerja best-best, bahagiakan ibu ayah dan banyak lagi impian adik-adik kan? Hakak tak kisahlah impian adik-adik tinggi sampai langit...

Tapi... ingat satu jee...

Bila dah sibuk dengan belajar... jangan lupa Allah. Jangan abaikan ibu ayah. Ingat pesan hakak!

"Allah akan meredhai kita, jika ibu ayah redha dengan apa yang kita buat di dunia ini,"

Buatlah baik dengan ibu ayah dan adik-beradik. Nanti bila kita susah, kita akan cari ibu ayah dahulu dan bukannya kawan-kawan kita. Betulkan?

Jangan terpengaruh dengan perangai kawan-kawan. Bila nak bercakap, bercakaplah perkara berfaedah. Jika rasa perkara yang duk pot pet pot pet tu buang masa... better diam. Biarlah orang kata yang kita ni pendiam ke apa. Sebenarnya, diam adalah lebih baik tau. Nak bercakap pun tengok pada tempat. Okay?

Dan jangan lupa tanggungjawab pada Allah. Sibuk mana dengan belajar, assignments, test atau projek. Panggilan 5 kali sehari kena jaga. Apa guna kalau kita berjaya di dunia sahaja dan yang akhirat tercicir? Tak nak ke berjaya di dunia dan akhirat? 

Solat subuh jaga! 

Itu pesanan hakak pada adik-adik. Biar susah atau senang, kita dengan Allah. DIA Maha Mengetahui apa yang hamba-Nya inginkan. 

Lagi satu...

Jangan pernah tinggal al-Quran dan doa pada ibu ayah.

Kita punya masa nak hafal ilmu dunia untuk dapat markah tertinggi dan pointer tinggi kan? Kenapa kita tak ambil masa 5 atau 10 minit untuk membaca al-Quran. Tak lama pun kan? Moga perbuatan kita sentiasa diberkati dan diredhai, In shaa Allah.

Yang belajar jauh-jauh tu. Ambillah masa sehari seminggu paling biasa untuk call ibu dan ayah. Jangan sampai ibu ayah yang call kita. Ingat tu! Jaga hubungan adik-beradik. Selalu tanya khabar sesama darah daging. 

Bila call ayah ibu atau adik-beradik tu. Cakaplah yang kita ni rindu mereka sangat-sangat, rindu nak makan masakan ibu dan bagai-bagai lagi.

Sebenarnya ketika itu, adik-adik telah membuatkan ibu ayah gembira. 

Selagi adik-adik bernyawa ni, buatlah ibu ayah, mertua dan adik-beradik bahagia dengan kehadiran kita dalam kehidupan mereka. **rasa macam emosi lebih pulak.**

Bila bangun pagi-pagi, sedekahkah Al-Fatihah pada ibu dan ayah. Niat dalam hati;

"Ya Allah, sampaikanlah rindu aku kepada ibu dan ayah yang jauh dengan aku kini. Semoga mereka juga merindui aku. Dan KAU rahmatilah mereka."

Pesan Hakak Fasyuk:
1) Sentiasa ingat Allah
2) Jangan 5 panggilan (solat)
3) Sentiasa baca Al-Quran
4) Jaga hubungan baik ibu ayah, mertua dan adik-beradik.
5) Selalu call ibu ayah.
6) Bangun pagi, sedekahkan Al-Fatihah pada ibu ayah

Semoga kehidupan kita sentiasa diredhai, diberkati dan dirahmati. 

"Selagi kita bernyawa, kita adalah seorang pelajar." -Pesan Hakak Fasyuk-

Wasalam.



Tuesday, March 03, 2015

Mac 02, 2015 - Kau dan aku, kita bersama.

Degree Life.

Hari pertama bermula kelas dah terkejar-kejar. Kelas pertama pulak tu dalam semester 4 ni. Apa-apa pun don't give up dan lalui je semua ini. In shaa Allah, DIA sentiasa permudahkan urusan kita. Semoga terus tabah dan mendapat kebahagiaan juga dikongsi bersama dengan teman-teman; Awek-Awek Jebat.

Fasyuk M.Fauzi


Awek-Awek Jebat

Semoga kita semua bersama-sama gapai impian. Doakan yang baik-baik. Bismillah.

Jika ada masalah. Ayuh bawa berbincang. Adik-beradik mana boleh berpecah :)



Thursday, February 26, 2015

Pesan pada hati, jangan dengki.

Good morning *_*

Setiap manusia inginkan dirinya sempurna dan lebih sempurna daripada orang lain. Kan? Tetapi semua orang ada pendapat yang berbeza. Untuk saya, sudah cukup untuk menjadi yang lebih baik daripada sempurna. Kerana untuk mengejar kesempurnaan boleh menimbulkan dengki dalam diri terhadap orang lain. Ya, kita tahu diri kita macam mana iaitu kita tahu ego dan sombong kita tahap mana. Wujudlah sikap nak membandingkan diri dengan orang lain. Jangan disebabkan ego dan sombong kita menyebabkan hubungan sesama manusia bergolak. Pesanan buat diri-sendiri juga.

Dan untuk yang berkecil hati sesama manusia. Biarkan situasi lalu sahaja. Kadang-kadang dengan air mata murah jatuh mengalir tak kira masa membuatkan kita kuat sebenarnya. Sebab lepas ini kita lebih matang berhadapan dengan situasi yang lebih mencabar. Pesan pada diri. Jaga hubungan sesama manusia. Nanti kita susah, mereka bantu kita dan bila senang atau gembira, salinglah berkongsi rasa. Apa yang penting, saling menolonglah. **aku juga pesan pada diri** In shaa Allah,

"Biarkan mereka dengan urusan mereka. Bukan urusan kita. Jika mereka ingin bantuan kita, sambutlah dengan senyuman dan keikhlasan. Nanti bila kita berada dalam situasi sukar, mungkin Tuhan hantar mereka untuk menolong kita, Setiap dugaan yang Tuhan bagi, ada ganjarannya."

Wasalam. Last day di Kuala Terengganu. Berjimba-jimba dahulu dan minggu depan dah start kelas dan tanggungjawab sebagai pelajar. Doakan. Semoga kejayaan milik kita.

Assalamualaikum.