Sunday, April 14, 2013

Semua itu Anugerah.

Assalamualaikum. Selamat Pagi. Biasa la waktu siang busy dengan rumah tangga. Malam je boleh update blog. Hehe. Kita mesti aturkan masa dengan betul dan disiplin kena ada. Saya adalah seorang kakak yang mempunyai dua orang adik. Impian saya nak tengok adik adik saya berjaya dalam apa apa bidang. Sentiasa sokong mereka. In shaa Allah : ) Allah berkati urusan kamu. Ikhlaskan hati dalam melakukan setiap perkara. Biarpun perkara itu kecil atau besar.


Tajuk post saya ni membuat saya terkejut juga la. Selepas solat isyak tadi, tetiba terfikir tentang bakat yang ada dalam diri ini. Tapi terlampau kurang jati diri hendak ditonjolkan. Alhamdulillah banyak nasihat yang mak beritahu. Terima kasih ! Bakat memasak ? Membuat kek dan sewaktu dengannya ? Menjahit baju dan kraftangan ? Menulis cerita ? Boleh buat dua kerja dalam satu masa ? Subhanallah.
Malahan saya tak pernah belajar pun. Just tengok tengok kat majalah dan internet je. Mak cakap kalau improve lagi. In shaa Allah ! Hidup kau berjaya. Tapi jangan sampai terlalu leka sehingga KEWAJIPAN kepadaNya tak dilaksana. Ya mak : ) Betul apa kata mak. Tanpa redhaNya kita tak akan dapat berkat kan ? : ) Tapi saya perlu doa mak yang tak putus putus :')

Mak kata, "Ibu mana yang tak pernah doakan untuk anaknya ? Anak itu la yang akan mengaji untuk orang tuanya yang sudah pergi nanti."



Kata kata ibu la yang amat bermakna untuk kita kan ? Kita pun janganlah sampai lupa nak berdoa untuk ibubapa kita. "Restu Allah datang daripada restu ibubapa" TAU !?

Jangan nak riak sangat dengan kebolehan dan kehebatan kita. Kita tak akan ada semua itu kalau bukan daripada doa ibubapa kita. Faham ??

In shaa Allah. Saya akan buktikan nanti. Walaupun saya lebih minat akan Pendidikan tetapi bukan bermakna saya tidak boleh buat dua atau tiga kerja dalam satu masa. Eh bukan tamak ! Menggunakan setiap kebolehan yang telah Allah anugerahkan. Terima kasih. Alhamdulillah.


Jauhkanlah hambaMu ini daripada sifat riak, sombong dan takbur. Amin.

Semoga saya boleh berkongsi ilmu dengan sesiapa sahaja. In shaa Allah.
Sekarang ini sebelum masuk kerja balik kat UniSZA. Saya akan memantapkan lagi kebolehan ini dengan mengikuti kursus. In shaa Allah. Saya bakal menjadi "Muslimah Profesional".


In shaa Allah. Impian saya untuk menjadi seorang Pensyarah akan berjaya. Amin.


"Belajarlah kamu menceburi pelbagai bidang yang kamu sukai atau tidak. Itu adalah ilmu !"


Sampai disini sahaja curahan ilmu daripada saya. Mohon dibimbing yer  : )

Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment