Assalamualaikum. Tushibu 'alal khair. Terima kasih Ya Allah kerana Kau dah permudahkan urusan aku :') Syukur.
Kelamarin dah selesai dah interview. Happy sangat ! Dan karya Cerpen aku bertajuk "Takdirku" Siap ! Sebenarnya tajuk tu last minute. Satu malam tak tidur siap kan cerpen. Berbaloi jugak la bagi aku. Alhamdulillah. Ingat nak tukar balik tajuk tu. Tapi fikir fikir balik. Dah okey dah pun. Boleh dijadikan satu pengalaman manis untuk aku. Dah la cerpen aku siap pada pukul 7.30 pagi.
Aku tak siap pape pun lagi. Iron baju tak. Baju kot pun tak keluarkan lagi dari almari. Sijil tunggang langgang. Printer kat rumah rosak ! Wow ! awesome. Haha
Mak aku macam biasa la. Hihi sorry ! Ini memang anak awak yang suka buat kerja last minute :p
Mak terus start kereta pi kerja. Untuk print karya cerpen aku. Huh ! Thanks mom.
Aku dah macam tak betol time duk dalam kereta. Lenguh pinggang, sakit kepala lagi. Pukul 8.30 pagi aku dah start interview. Fheww, but aku redha je.
Look ! Ayat tu la aku guna time mak aku duk pot pet pot pet dalam kereta :p Hihi
Ilek ilek ler. Haha. Tapi pukul 8.30 pagi aku baru gerak. Wow ! time tu nak pergi hantar adik aku lagi kat rumah kawan dia. Tapi angah aku yang jadi driver. Tapi dia tak tahu aku kena ada sana kul 8.30. Haha, bawak macam pergi honeymoon. Fulamak ! Sampai je kat jambatan sultan mahmud. Dia tanyer mak pukul berapa kena ada sana. Mak cakap pukul 8.30 pagi. Tengok jam kereta dah pukul 8.50 !? Awesome molekk :D
Macam F1 dia bawak. Bagi aku jauh jugak la nak ke UITM Kampus Cendering tuh. Dah la hari sabtu. Orang Terengganu tahu la macam mana jalan kalau hari sabtu. Kan kan ?! Jem !
Sampai aje ! Fuh ramai jugak. Tapi time duk dalam bilik tunggu sebelum dipanggil interview. Sikit aje ? :o Its okey la. Small matter. Haha
Tunggu punye tunggu. Mengantok la pulak ! Last last tinggal aku 3 orang je. Molekk ! Budak Pahang, Terengganu and Kelantan. Haha Liga bola sepak. Nakal. Pape pun diorang sporting. Thanks guys ! You're awesome friends ! Gelak manja kat dalam bilik tuh seolah macam dah kenal lama :D Really fantastics !
Last last tinggal aku je sorang. Hurm lambat pulak ler tunggu. Aku pun keluar. Mak datang bagi aku kata semangat. Gementar ada la jugak. Tapi aku dah biasa dah dengan interview. Small matter la ! Aku dah usaha. Pape pun Dia Yang Maha Kuasa. Kita berserah padaNya.
Orang lain kat masuk dalam bilik interview tuh siap menyanyi, menari ? Wow. dasyat tapi tak kan lah yang bidang industri pun menari ? Err --' lain pulak larinya ? Ish waktu pun dah tengah hari kan. Mesti panel dah menyampah duk mengadap muka orang. Hihi *diorang nak kenakan ni kot :p
Last2 giliran aku. Aku syukur sebab aku tak buat semua tu. Alhamdulillah. Aku suka cara panel lelaki tu hormat aku. Dan aku lebih hormat dia. Thanks ! Jazakallahu khairan.
Aku boleh jawab dengan yakin. Syukur sangat. Memang aku minat sangat bidang penulisan ni. In shaa Allah. Aku cuma berserah. Tawakal padaNya adalah lebih baik. Walaupun tak ada peluang nak jadi warga pendidik tapi cita-cita aku boleh melangkah ke bidang penulisan. In shaa Allah.
Takdir yang Dia bagi adalah yang terbaik untuk kita. Besryukurlah !!
Ops ! Happy giler sebab dah selesai. Sakit belakang tuh. Ceriakan hari mu walaupun terpaksa :D
Lepas je amik pic. Aku rasa nak muntah macam mabuk la. Fheww, macam balik kampung dah. Haha. Pastu aku tak tahu apa berlaku kat aku. Aku tertidur. Err --' ya Allah. Penatnya.
Ingat sampai umah tu boleh sambung tidur. Mak pulak ajak keluar. Adoi,
Tapi takpe. Aku ni jenis yang suka berjalan. So ikut aje. Hihi
Malam tuh best ! Syokk tidur. Alhamdulillah. Hidup lagi aku. Hihi
Ingat sampai umah tu boleh sambung tidur. Mak pulak ajak keluar. Adoi,
Tapi takpe. Aku ni jenis yang suka berjalan. So ikut aje. Hihi
Malam tuh best ! Syokk tidur. Alhamdulillah. Hidup lagi aku. Hihi
Sampai disini je la saya berceloteh. Banyak kerja lagi nak buat. Nak hantar karya dekat Berita Harian lagi : ) Jangan lupa baca tau ! Dekat epenulisan pun saya post jugak. Baca okey. Tajuk Takdirku oleh Fasyuk M. Fauzi. Thanks guys !
Wish me luck okey !
Wish me luck okey !
Assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment