Assalamualaikum. Salam Ramadhan
Salam Jumaat yang terakhir untuk bulan Ramadhan pada tahun 2013.
Kenapa awal awal Ramadhan, surau dan masjid makin maju dengan jemaah ?
Dan kenapa pada akhir akhir Ramadhan makin kurang demi kurang jemaah ? Kenapakah ??
Kemana semuanya pergi. Allahu.
Dan kenapa pada akhir akhir Ramadhan makin kurang demi kurang jemaah ? Kenapakah ??
Kemana semuanya pergi. Allahu.
Sepatutnya hujung ke pengakhiran Ramadhan la kita nak rebut peluang cari pahala pada bulan yang berkat ini. Allah dah bagi PROMOSI RAMADHAN tuh. Tak nampak lagi ke ?
Takkan hanya nampak PROMOSI RAYA je dekat pusat membeli belah ? MashaaAllah.
Ramai yang lebih pentingkan promosi raya berbanding promosi Ramadhan. Nauzubillah min zalik.
Okey sebut pada ''Lailatul Qadar''. Ramai yang menyebut ''Malam Lailatul Qadar''. Salah !
Kerana ''malam'' dan ''lailatul'' adalah maksud yang sama atau lewah.
**macam belajar form6 pulakk..kehkehkeh
Kerana ''malam'' dan ''lailatul'' adalah maksud yang sama atau lewah.
**macam belajar form6 pulakk..kehkehkeh
Faham ? Sebut la ''Lailatul Qadar'' atau ''Malam al-Qadar''. Baru betul.
**Aku belajar dari kesilapan sendiri. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun.
**Aku belajar dari kesilapan sendiri. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun.
Masa muda ni la kita nak cari pahala lebih. Cuba tengok orang yang dah berusia. Dah tak larat dah. Cuba bayangkan kalau kita dah tua sangat. Tak mampu nak berdiri lama lama, buat solat sunat banyak banyak. Kita patut bersyukur sebab masih ada hendak nasihatkan kita. Mungkin ramai yang fikir "Alaa, rilekks la.. tua nanti la nak beribadat lebih..enjoy dulu la beb..''
Look ? Okey kalau kita dah tak bertemu dengan bulan Ramadhan lagi pada tahun seterusnya. Menyesal bukan ? Kalau kita dah tak bernyawa lagi ? Rugikan kita tak rebut promosi Ramadhan yang Allah dah bagi.
Memang betul Ustaz kata, Yang dilarang memang kita nak buat sangat sangat. Tetapi apabila yang disuruh buat perkara yang wajib kita lakukan, kita malas nak buat.
Jom ubah ! Ini untuk diri kita, bukan untuk orang lain.
Kejarlah Lailatul Qadar. Tinggalkan sekejap bantal dan tilam. Paksa diri. Lawan !
Bertuahnya sesiapa yang bertemu dengan Malam al-Qadar. Ya Allah.
**Ku hanya insan yang kerdil. Mohon tegur sekiranya ada khilaf. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun.
Ku tak hiraukan apa kata orang. Yang penting ku tahu KAU disisiku, Allahu Rabbi. Aku rindu pada-Mu.
Janji aku, prinsip aku supaya aku menjadi anak yang solehah pada ibu bapaku. Semoga aku berjaya didunia dan akhirat.
Kuatkan aku, Ya Allah. Hanya pada-Mu.
Assif Jiiddan.
Semoga bermanfaat.
Wasalam.
No comments:
Post a Comment