Jika manusia tanya
Tentang kehidupan?
--Aku sangat gembira
Jika manusia tanya
Tentang apa yang gembira?
--Kehidupan aku telah diatur oleh DIA. Tanpa kita minta, DIA tahu apa kita mahu. Dan kehidupan aku indah. **senyum**
Jika manusia tanya
Kenapa hidup aku tak sama seperti kamu?
--Perjalanan aku dan kau berbeza tetapi indah. Hanya diri tak sedar masih leka dan lalai.
Jika manusia tanya
Jika manusia tanya.........................
--Nanti catatan terindah atau sebaliknya bakal dikemukakan kelak. Tiada sesiapa membantumu melainkan imanmu. Maka di dunia ini memang perit untuk berhijrah kerana kehidupan indah manusia lain mengutuk kamu tanpa kamu nampak apa yang tersirat. Lihat? Memang kehidupan semua manusia indah tetapi sukar untuk mengatur mana baik mahupun buruk.
Jika manusia tanya
Jika manusia tanya.........................Jika manusia tanya.......
--Pengalaman dalam perjalanan dunia yang hadir pada aku banyak tak terkira. Mungkin ada sesetengah yang rapat dengan aku nampak perbezaan dahulu dan kini. Banyak beza!
Jika manusia tanya lagi
--Aku jawab... kehidupan aku tak fikirkan apa-apa lagi. Cukup hanya berdiam diri kerana apa? Dosa datang dalam kita gembira dan terlampau lalai. Alhamdulillah, Aku mencintai Allah dan Rasulullah. Seterusnya ibu ayah, keluarga dan bakal disisi ini untuk memesan setiap perkara yang penuh ilmu untuk dimanfaatkan. Biar mereka bicara apa sahaja. Diri aku menolak pada kelalaian dan perkara kosong.
Biar diri duduk terpinggir daripada terus terbang tinggi sehingga lupa akan datangnya diri dan akhirnya lupa pada DIA YANG SATU JUGA RASULULLAH.
Jika manusia tanya lagi
--Sebelum kau ingin mencintai atau dicintai manusia kerdil lain. Cintai Allah. Cintai Rasulullah. Cintai ibu. Cintai ayah. Cintai keluarga. Cintai dia.
Jika manusia tanya lagi
--Kehidupan aku mungkin 98% berahsia. Ramai tidak kenali siapa aku. Mereka hanya pandai mengolah sahaja diri tetapi semuanya tiada satu pun yang benar. Apa yang kau lakukan biarlah berahsia. Cukup DIA MAHA MENGETAHUI. Jangan sampai kau berkata yang kau sudah tiada tempat untuk bergantung. Cuba kau tarik dan hembus nafas? NYAWA! Tika itu kau dan aku masih bergantung pada DIA. YA!! Ramai manusia tak sedar dan tak pernah bersyukur.
**Solat Taubat atas apa yang diri kerdil telah lakukan tanpa sedar. Jangan terlalu mendongak tinggi. Turunlah perlahan-lahan. In shaa Allah.**
Assalamualaikum.
p/w: Nanti aku pergi sedekahkan Al-Fatihah. Terima kasih. Allahumma Solli 'Ala Sayyidina Muhammad.
No comments:
Post a Comment