Tuesday, July 08, 2014

Tika ini Ramadhan #Sayap

Sayap bertiga
Sudah patah jadi berdua
Aku cari mana patah satu itu
Lenyap halus-halus
Kerana duri memakan hati
Sakit terperi
Sudah tiada ubat lagi
Sehingga mati
Lidah yang tajam
Bisa menembusi dinding
Batu atau besi?
Tiada sama lagi
Lidah menguasai segalanya
Pergi dan lari
Jangan bercakap lagi
Akan ingat sampai mati
Terima kasih untuk pengalaman
Mematangkan diri
Biar biar dan biar
Aku bersama dia
Yang kekal bersama aku
Pertama dan terakhir
Aku tiada lagi tiga sayap
Hanya tinggal dua
Jangan lagi sayap ini terbang pergi
Buat aku mati
Baru engkau pergi
Jangan lupa diri
Nanti merana hati.
Sang kupu-kupu masih terbang kerana ada miekaz yang terbang bersama.
Saling memberi dan mendamping selamanya.
Dengan izinNYA.

No comments:

Post a Comment