Thursday, July 09, 2015

Pesanan untuk adik-adik bergelar 'pelajar'

Assalamualaikum. Hakak ni bertuah sungguh perangai. Bila nak masuk semester 4, pandai update blog. Ni dah tamat semester 4, baru update blog. Hmm sebenarnya **Hakak busy sangat. Fokus sangat,** 
Alhamdulillah. Hakak still ada setahun lagi untuk habiskan degree. 

Hmm... Hakak Fasyuk tak nak buang masa nak bebel tentang diri. Hakak tahu kome-kome semua dah besor panjang dah, punya otak dan bijak pandai dah kan. So, adik-adik yang sedang habiskan diploma, degree, master or phd dan tak lupa pada adik-adik sekolah rendah mahupun menengah. Jadi seorang pelajar memerlukan kekuatan mental, fizikal dan rohani tau. Yes! Semua orang memang belajar tinggi-tinggi nak hidup senang, nak kerja best-best, bahagiakan ibu ayah dan banyak lagi impian adik-adik kan? Hakak tak kisahlah impian adik-adik tinggi sampai langit...

Tapi... ingat satu jee...

Bila dah sibuk dengan belajar... jangan lupa Allah. Jangan abaikan ibu ayah. Ingat pesan hakak!

"Allah akan meredhai kita, jika ibu ayah redha dengan apa yang kita buat di dunia ini,"

Buatlah baik dengan ibu ayah dan adik-beradik. Nanti bila kita susah, kita akan cari ibu ayah dahulu dan bukannya kawan-kawan kita. Betulkan?

Jangan terpengaruh dengan perangai kawan-kawan. Bila nak bercakap, bercakaplah perkara berfaedah. Jika rasa perkara yang duk pot pet pot pet tu buang masa... better diam. Biarlah orang kata yang kita ni pendiam ke apa. Sebenarnya, diam adalah lebih baik tau. Nak bercakap pun tengok pada tempat. Okay?

Dan jangan lupa tanggungjawab pada Allah. Sibuk mana dengan belajar, assignments, test atau projek. Panggilan 5 kali sehari kena jaga. Apa guna kalau kita berjaya di dunia sahaja dan yang akhirat tercicir? Tak nak ke berjaya di dunia dan akhirat? 

Solat subuh jaga! 

Itu pesanan hakak pada adik-adik. Biar susah atau senang, kita dengan Allah. DIA Maha Mengetahui apa yang hamba-Nya inginkan. 

Lagi satu...

Jangan pernah tinggal al-Quran dan doa pada ibu ayah.

Kita punya masa nak hafal ilmu dunia untuk dapat markah tertinggi dan pointer tinggi kan? Kenapa kita tak ambil masa 5 atau 10 minit untuk membaca al-Quran. Tak lama pun kan? Moga perbuatan kita sentiasa diberkati dan diredhai, In shaa Allah.

Yang belajar jauh-jauh tu. Ambillah masa sehari seminggu paling biasa untuk call ibu dan ayah. Jangan sampai ibu ayah yang call kita. Ingat tu! Jaga hubungan adik-beradik. Selalu tanya khabar sesama darah daging. 

Bila call ayah ibu atau adik-beradik tu. Cakaplah yang kita ni rindu mereka sangat-sangat, rindu nak makan masakan ibu dan bagai-bagai lagi.

Sebenarnya ketika itu, adik-adik telah membuatkan ibu ayah gembira. 

Selagi adik-adik bernyawa ni, buatlah ibu ayah, mertua dan adik-beradik bahagia dengan kehadiran kita dalam kehidupan mereka. **rasa macam emosi lebih pulak.**

Bila bangun pagi-pagi, sedekahkah Al-Fatihah pada ibu dan ayah. Niat dalam hati;

"Ya Allah, sampaikanlah rindu aku kepada ibu dan ayah yang jauh dengan aku kini. Semoga mereka juga merindui aku. Dan KAU rahmatilah mereka."

Pesan Hakak Fasyuk:
1) Sentiasa ingat Allah
2) Jangan 5 panggilan (solat)
3) Sentiasa baca Al-Quran
4) Jaga hubungan baik ibu ayah, mertua dan adik-beradik.
5) Selalu call ibu ayah.
6) Bangun pagi, sedekahkan Al-Fatihah pada ibu ayah

Semoga kehidupan kita sentiasa diredhai, diberkati dan dirahmati. 

"Selagi kita bernyawa, kita adalah seorang pelajar." -Pesan Hakak Fasyuk-

Wasalam.



No comments:

Post a Comment