Assalamualaikum.
Dah nak masuk bulan 3 dah, baru nak say hai 2015. Apa-apa pun tak ada kaitan atau salah pun. Bismillah untuk permulaan. Semester baru akan datang beberapa hari lagi dan hati sedikit tertusuk sebab dah jauh dengan mak, ayah, adik-beradik dan orang yang menyayangi diri ini. Apa-apa pun saya tahu di tempat menuntut ilmu dan semester baru nanti, semua sahabat sangat baik dan memahami.
Sepanjang bulan Januari sampai ke Februari ni memang sedikit sibuk dengan business. Yes! Sibuk k, buktinya saya tak ada masa nak update blog kesayangan ni. Permulaan tahun 2015 ini sangat mencabar bagi diri saya dengan dugaan sakit yang datang tanpa diduga. Saya bersyukur dengan nikmat pahit ini dan In shaa Allah, saya yakin pasti ada ganjaran disebalik semua ini. Alhamdulillah.
Terima kasih kepada semua yang begitu baik dengan diri kerdil ini sanggup merawat dan menjaga selama seminggu. Terima kasih doktor. Dan paling besar pengorbanan mak dan ayah yang risau tentang keadaan anaknya. Walaupun sibuk dengan kerjaya tetapi mereka masih berkejar sana-sini untuk anaknya. **lap air mata**
"Untuk semester lepas, dekan ini hadiah untuk mak, ayah dan adik-beradik juga si dia yang sentiasa ada beri semangat untuk kakak. Apa-apa pun pesanan semua, kakak tak pernah lupa. Yes, Allah selalu bersama kita dimana sahaja dan bila-bila masa. Alhamdulillah."
Hadiah ini belum cukup untuk balas jasa awak berdua. Hanya redha awak berdua sahaja saya perlukan untuk mendapat redha DIA yang Maha Esa untuk saya berjaya dunia dan akhirat. Amin.
Ya. untuk kawan sekalian yang banyak memberi jasa, nasihat, ilmu dan banyak lagi. Terima kasih. Saya hanya manusia biasa yang tak pernah sempurna. Tetapi, saya cuba tutup mata untuk melihat kawan-kawan saya bahagia dengan apa yang mereka lakukan, walaupun ketika itu saya menderita.
Janji saya, hanya untuk melihat keluarga dan kawan-kawan bahagia.
Alhamdulillah untuk nyawa ini dan nikmat pahit manis.
Maaf sekalian.
Saya tetap dengan cara dan diri saya. Kalau hendak pergi dari hidup saya. Itu pilihan awak. "Hidup ada pahit dan manis." Alhamdulillah.
Wasalam.
No comments:
Post a Comment