Good morning *_*
Setiap manusia inginkan dirinya sempurna dan lebih sempurna daripada orang lain. Kan? Tetapi semua orang ada pendapat yang berbeza. Untuk saya, sudah cukup untuk menjadi yang lebih baik daripada sempurna. Kerana untuk mengejar kesempurnaan boleh menimbulkan dengki dalam diri terhadap orang lain. Ya, kita tahu diri kita macam mana iaitu kita tahu ego dan sombong kita tahap mana. Wujudlah sikap nak membandingkan diri dengan orang lain. Jangan disebabkan ego dan sombong kita menyebabkan hubungan sesama manusia bergolak. Pesanan buat diri-sendiri juga.
Dan untuk yang berkecil hati sesama manusia. Biarkan situasi lalu sahaja. Kadang-kadang dengan air mata murah jatuh mengalir tak kira masa membuatkan kita kuat sebenarnya. Sebab lepas ini kita lebih matang berhadapan dengan situasi yang lebih mencabar. Pesan pada diri. Jaga hubungan sesama manusia. Nanti kita susah, mereka bantu kita dan bila senang atau gembira, salinglah berkongsi rasa. Apa yang penting, saling menolonglah. **aku juga pesan pada diri** In shaa Allah,
"Biarkan mereka dengan urusan mereka. Bukan urusan kita. Jika mereka ingin bantuan kita, sambutlah dengan senyuman dan keikhlasan. Nanti bila kita berada dalam situasi sukar, mungkin Tuhan hantar mereka untuk menolong kita, Setiap dugaan yang Tuhan bagi, ada ganjarannya."
Wasalam. Last day di Kuala Terengganu. Berjimba-jimba dahulu dan minggu depan dah start kelas dan tanggungjawab sebagai pelajar. Doakan. Semoga kejayaan milik kita.
Assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment